Analisis GOLD – Pelabur Terpaksa Akur Saksikan Emas Susut Ke Paras $1,760

650

Kekal dengan prestasi suram, dagangan komoditi emas melanjutkan penyusutan sehingga ke paras harga $1,760 ketika tumpuan pelabur sedang terarah pada penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC di sesi New York awal pagi tadi.

Logam kuning tersebut dilihat kekal berlegar di paras terendah dua minggu dengan reaksi hambar susulan terbitan minit tersebut yang menunjukkan Federal Reserve (Fed) bakal meneruskan pengetatan dasar monetari, namun dengan kemungkinan untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah sehingga mencapai sasaran inflasi bank pusat.

Fed tidak memberikan sebarang panduan khusus bagi melakukan kenaikan pada masa hadapan kerana ia bakal bergantung kepada data yang akan dikeluarkan, namun pasaran melihat kebarangkalian 60% kenaikan kadar 50 mata asas oleh Fed pada mesyuarat September.

Walaupun emas dilihat sebagai aset lindung nilai kepada inflasi, aset logam kuning tersebut cenderung untuk menurun susulan daripada faktor kenaikan kadar faedah yang dilaksanakan oleh Fed.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat meneruskan momentum penurunan ke paras lebih rendah pada Rabu semalam berbanding pada Selasa lalu yang lebih mendatar di atas zon 1770.00.

Pada sesi Asia semalam, harga dilihat menunjukkan sedikit peningkatan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD, namun gagal untuk menembusi halangan tersebut lalu menyusut sekitar 200 pips.

Bersambung pada dagangan hari ini (Khamis), harga masih kekal mendatar perlahan di atas zon 1760.00 dari sesi Asia bersambung ke awal sesi Eropah.

Sekiranya corak penurunan masih diteruskan, harga berkemungkinan akan melepasi zon sokongan 1760.00 susut lebih rendah menuju ke zon RBS (resistance become support) 1740.00 pula.

Untuk sasaran bagi penurunan lebih rendah, zon 1720.00 akan menanti untuk diuji harga dengan catatan paras terendah terbaru 3 minggu.

Namun jika zon 1760.00 berjaya menyokong semula harga untuk memulakan lonjakan, dijangkakan kenaikan harga bakal menuju ke zon SBR (support become resistance) 1780.00 selepas melepasi halangan MA50 dengan isyarat awal perubahan trend bullish buat emas.

Lonjakan harga yang diteruskan dilihat akan kembali mensasarkan pada paras rintangan utama pada 1800.00 setelah paras tersebut kekal menghalang cubaan kenaikan harga sepanjang minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat