Analisis GOLD – Pulih Semula Selepas FOMC, Emas Meningkat Di Atas Paras $1,830

494

Dagangan emas turut mencuri perhatian pelabur pada dagangan Rabu semalam dengan pergerakan menarik harga yang telah dipaparkan dipengaruhi oleh reaksi pasaran terhadap keputusan mesyuarat FOMC.

Meneliti pergerakan harga pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, berlaku kenaikan harga sejak sesi Asia semalam bersambung ke sesi Eropah, namun terdapat penurunan semula harga sebelum kembali meningkat semula pada penghujung sesi New York selepas mesyuarat FOMC tersebut dengan kenaikan harian sekitar 340 pips dicatatkan.

Kenaikan nilai emas didorong oleh reaksi keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi memperlihatkan Federal Reverse (FED) telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas seperti yang dijangkakan pasaran.

Kenaikan kadar terbesar sejak 1994 itu adalah disebabkan oleh terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada bulan Mei yang meningkat kepada 8.6% berbanding pada bulan April hanya 8.3%.

Pada carta XAU/USD, harga telah membuat kenaikan di penghujung sesi New York selepas reaksi terhadap mesyuarat FOMC tersebut mencapai paras sekitar 1841.50 setelah penurunan sebelumnya mencecah zon 1815.00.

Isyarat perubahan trend juga telah dinilai pelabur selepas harga sudah bergerak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi harapan kepada pelabur untuk melihat komoditi logam kuning itu bersinar semula.

Sekiranya kenaikan harga berjaya dikekal di atas paras 1830.00, kenaikan yang diteruskan dilihat akan menguji rintangan pada zon 1850.00 sebelum kenaikan lebih tinggi bakal menuju zon rintangan 1870.00.

Sebaliknya jika kenaikan gagal diteruskan dan harga susut di bawah paras 1830.0, zon tumpuan pada 1810.00 akan diuji sekali lagi sebelum penurunan lebih rendah akan mensasarkan ke zon tumpuan 1800.00.

Penurunan harga yang mencecah ke zon 1800.00 tersebut bakal mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu untuk dagangan emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat