Analisis GOLD – Selepas Mendatar, Emas Mula Berkocak Di Penghujung Minggu

680

Harga komoditi emas turut berkecamuk pada sesi New York semalam mengalami penurunan dan lonjakan selepas reaksi terhadap terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS).

Seperti yang diteliti pelabur, pengukuhan awal oleh mata wang US dolar ketika data indeks harga pengguna (CPI) diterbitkan mengatasi jangkaan telah menekan harga emas untuk menjunam.

Namun, harga emas dilihat melantun semula menuju penghujung sesi New York berikutan pelabur menilai jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) berkemungkinan memperlahankan pengetatan dasar yang agresif sebelum ini ekoran bacaan inflasi tahunan AS tetap menunjukkan penurunan walaupun perlahan.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga pada mulanya menguji paras rintangan pada 1680.00 sebelum menjunam sehingga ke sekitar zon 1640.00.

Namun terjunan harga tidak diteruskan apabila harga mula melantun semula ke sekitar 1670.00 dan perlahan di sekitar tersebut sehingga penutup dagangan sesi New York.

Menyambung dagangan pada Jumaat, harga dilihat berlegar menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut dan sedikit susut semula di sesi Eropah.

Adakah ini menjadi petanda bahawa harga emas akan menyambung pergerakan bearish semula? Pelabur kekal berhati-hati untuk dagangan penghujung minggu.

Sekiranya penurunan harga berlaku semula, zon RBS (resistance become support) 1640.00 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji sekali lagi.

Dan jika melepasi zon penting itu, pergerakan bearish harga yang diteruskan akan menjangkakan penurunan lebih rendah ke zon support 1615.00.

Namun jika corak kenaikan harga yang dipaparkan, rintangan pada 1680.00 akan diuji setelah beberapa kali harga gagal tembusi sejak awal minggu.

Melepasi rintangan itu akan mendorong harga menuju zon tumpuan 1700.00 sebelum lonjakan emas lebih tinggi bakal mencapai semula zon ketinggian 1720.00 sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat