Analisis teknikal EUR/USD – Timeframe Daily – 7/5/2018

948

Harga EUR/USD masih dalam momentum bearish sejak minggu lalu setelah ia membuat penurunan yang mendadak hampir 200 pips dan membentuk bearish morubozu di timeframe weekly.  Secara teknikal, EUR/USD masih berpotensi untuk terus bearish ketika ini.

Dan sekiranya ia tidak berjaya untuk breakout Key Support sekitar harga big round number 1.1930/00 ini, EUR/USD dijangkakan berpotensi untuk mulai melakukan retracement kenaikan dan target kenaikan adalah sekitar Key Resistance Zone 1.2064 – 1.2135 sebelum EUR/USD meneruskan lagi penurunan.

Jika breakout Key Support, kemungkinan EUR/USD akan meneruskan lagi penurunan pada minggu ini tanpa melakukan retracement yang tinggi. Jika bearish, target seterusnya yang berpotensi dicapai adalah 1.1850 atau lebih rendah ke 1.1714.

Kesimpulannya, minggu ini EUR/USD masih dalam perhatian dan akan diupdate dari semasa ke semasa potensi pergerakannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat