Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 24/9/2018

435

Kejutan demi kejutan dilihat pada pergerakan pasangan matawang GBP/USD pada minggu lalu. Setelah kenaikan sehingga 140 pips pada Khamis lalu mencapai paras ketinggian baru pada 1.32950, harga kembali membuat terjunan sehingga 200 pips ke paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line Jumaat lalu. Penurunan ketara yang berlaku adalah disebabkan kebimbangan Brexit yang kembali melanda pasaran telah membuatkan matawang GBP mengalami kejatuhan nilai. Harga kemudian bergerak mendatar sehingga bersambung pada sesi pasaran Asia dibuka hari ini di mana harga bergerak di sekitar paras RBS (resistance become support) di 1.30700.

Harga yang didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3125 hari ini dilihat seperti akan menuju ke paras support 1.2995 (MagicS1) yang turut dilihat sebagai satu zon support sebelum ini. Jika pasaran masih melihat isu Brexit semakin membimbangkan, jangkaan harga akan terus ditekan ke paras support seterusnya pada 1.2914 (MagicS2). Dan seterusnya, jika harga masih mengalami kejatuhan, harga boleh mencecah ke paras serendah 1.2773 (MagicS3) di mana harga bakal membuat Lower Low yang baru.

Sebaliknya, jika isu Brexit berjaya dirundingkan dengan baik semula, berkemungkinan harga bakal kembali melonjak ke paras yang lebih tinggi dijangka akan melepasi paras Magic Pivot 1.3135 dan juga paras resistance 1.3216 (MagicR1). Jika harga berjaya meneruskan lagi kenaikan, harga bakal membuat Higher High yang baru dan jangkaan paras yang berpotensi dicapai adalah pada resistance 1.3357 (MagicR2). Dan paras ketinggian seterusnya dilihat pada paras resistance 1.3438 (MagicR3) jika harga masih meneruskan momentum kenaikan yang dibuat.

Terus ikuti episod drama Brexit yang mungkin bakal memberi kejutan lagi pada minggu ini. Kawal risiko dalam trading anda khususnya pada posisi di pair GBP/USD ini. Bagi yang masih keliru untuk mencari paras-paras tumpuan harga, boleh gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai panduan dalam analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.2995, 1.2914, 1.2773.

Paras resistance: 1.3216, 1.3357, 1.3438.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat