Analisis Teknikal Mingguan 23 Oktober – 27 Oktober 2017

91

EUR/USD – Analisis Mingguan 23 Oktober – 27 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, secara teknikal harga EUR/USD minggu lalu masih gagal untuk breakout harga Key Resistance terhampir iaitu 1.1864/50 dan momentum pergerakan mulai bearish Jumaat lalu. EUR/USD ketika ini masih berada di sekitar harga antara 1.1864 – 1.1700 dengan perbezaan sebanyak 164 pips.

Pada minggu ini, tumpuan adalah kepada keputusan dasar dalam mesyuarat ECB dan sekiranya sentimen ketidaktentuan politik masih meningkat/krisis Catalan, EUR/USD dijangka berpotensi akan mulai bearish dan breakout Key Support minggu ini iaitu 1.1700. Target terhampir yang berpotensi dicapai adalah sekitar harga 1.1560/50 atau ke harga yang lebih rendah 1.1450 sekiranya ia berjaya untuk breakout Key Support tersebut.

Jadi, selagi harga EUR/USD masih berada di bawah paras harga significant resistance iaitu 1.1864, kebarangkalian masih kuat menunjukkan EUR/USD bearish. Walaubagaimanapun, jika EUR/USD masih tidak breakout Key Support minggu ini, ia akan mulai membuat kenaikan dan mencapai resistance seterusnya iaitu ke sekitar 1.1980/1.2000.

Oleh itu, Key Support minggu ini memainkan peranan yang sangat penting untuk diperhatikan ketika ini.

GBP/USD – Analisis Mingguan 23 Oktober – 27 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Harga GBP/USD bearish minggu lalu ke sekitar Key Support mingguan dan mengikut teknikal, pergerakan momentum wave masih menunjukkan mood bullish(HL,HH,HL,HH) dan sekiranya ia masih gagal untuk breakout Key Support 1.3030 ini, GBP/USD berpotensi tinggi untuk bullish.

Target bullish terhampir adalah ke sekitar harga 1.3310 atau ke sekitar 1.3450. Oleh itu, peluang yang boleh diperhatikan keitka ini adalah ‘long’ selagi tidak breakout key Support. Walaubagaimanapun, jika breakout ia akan mulai bearish ke support seterusnya iaitu sekitar 1.2800.

AUD/USD – Analisis Mingguan 23 Oktober – 27 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

 

Mengikut analisis teknikal , pergerakan AUD/USD masih dikuasai mood bullish selagi ia tidak breakout harga 0.7750 dan peluang yang boleh diperhatikan ketika ini adalah di sekitar harga 0.7800 – 0.7750 bagi membentuk sebarang buy signal sebelum ia meneruskan lagi kenaikan.

Sekiranya bullish, target yang berpotensi dicapai adalah di sekitar harga 0.7900 atau ke harga yang lebih tinggi lagi 0.8000. Oleh itu, selagi ia tidak breakout harga 0.7750, kebarangkalian masih ke arah bullish ketika ini. Walaubagaimanapun, sekiranya breakout 0.7750, AUD/USD akan mulai bearish dan menguji harga support seterusnya iaitu 0.7700.

USD/JPY – Analisis Mingguan 23 Oktober – 27 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, USD/JPY gagal untuk breakout harga di sekitar Key Support mingguan iaitu 111.60 untuk terus bearish retrace ke harga yang lebih rendah lagi. Ia mulai mengorak langkah kenaikan pada Isnin lalu sehingga mencapai lebih kurang 160 pips pada Jumaat.

Secara teknikal, ia berjaya untuk mencapai target kenaikan minggu lalu. Jika diperhatikan, USD/JPY telah membentuk bullish morubozu setelah ia berjaya breakout Key Resisatnce 113.14 pada Jumaat lalu. Dan ini menunjukkan USD/JPY berpotensi untuk terus bullish pada minggu ini selagi ia tidak breakout harga terendah candlestick tersebut.

Oleh itu, sealgi ia tidak breakout Key Support 113.14/00, USD/JPY berpotensi untuk membuat kenaikan ke sekitar resistance terhampir iaitu 114.30/115.00 sebelum membuat penurunan semula.

GBP/JPY – Analisis Mingguan 23 Oktober – 27 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily


GBP/JPY minggu lalu bullish seperti jangkaan dan berjaya membuat kenaikan selagi ia tidak breakout Key Support Zone mingguan. Jika diperhatikan ketika ini, GBP/JPY masih berpotensi untuk membuat kenaikan dan peluang yang boleh diperhatikan untuk re-entry adalah menunggu ia melakukan retracement penurunan.

Jadi, pada minggu ini selagi ia tidak breakout 147.00 ataupun Key Support Zone minggu ini, sebarang penurunan ketika ini adalah retracement dan kebarangkalian masih tinggi untuk ia meneruskan lagi kenaikan berbanding bearish. Target sekiranya bullish adalah ke sekitar harga 151.30 atau ke 152.64/50.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat