Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 22/11/2018

228

Setelah dikejutkan dengan pergerakan drastik sehingga 160 pips kenaikan pada chart pasangan matawang USD/CAD dagangan Selasa lalu, harga kembali cuba untuk membuat penurunan semula pada dagangan Rabu semalam. Penurunan harga dari paras tertinggi sekitar 1.33150 sehingga melepasi paras Magic Pivot dan menutup harga pada paras terendah dagangan semalam sekitar paras 1.32300. Matawang dollar CAD yang berjaya menekan harga lebih rendah adalah berikutan faktor pasaran minyak mentah yang kembali stabil sementara USD pula menyusut ekoran sentimen pasaran yang kembali pulih (risk-on) membuatkan permintaan terhadap matawang safe-haven tersebut semakin berkurangan.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak mendatar sejak awal permulaan sesi sehingga menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah, berlegar di sekitar paras 1.32300 lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3258 hari ini. Jika harga meneruskan lagi penurunan, paras support yang terdekat pada 1.3200 (MagicS1) menjadi paras awal yang akan dituju harga. Seterusnya, harga yang menyambung penurunan dilihat pula akan menguji zon support lonjakan harga pada dagangan Selasa lalu sekitar paras 1.3169 (MagicS2). Sekiranya momentum pengukuhan CAD gagal dihalang oleh USD, kejatuhan harga boleh mencecah sehingga ke paras serendah support pada 1.3110 (MagicS1) setelah harga breakout paras RBS (resistance become support) 1.31400 terlebih dahulu.

Namun sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini, berkemungkinan harga akan menguji paras resistance pada 1.3289 (MagicR1). Kemudiannya, lonjakan harga seterusnya bakal mencari paras ketinggian yang baru sekitar resistance 1.3348 (MagicR2) dan sekiranya harga masih berjaya melepasi paras tersebut, harga berpotensi untuk mencapai ketinggian sehingga ke paras 1.3379 (MagicR3).

Tumpuan pasaran akan terarah kepada data inflasi dan jualan runcit di Kanada yang akan dikeluarkan pada hari esok. Teliti paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk anda menentukan paras posisi dagangan terbaik pada chart USD/CAD anda.

 

Paras support: 1.3200, 1.3169, 1.3110.

Paras resistance: 1.3289, 1.3348, 1.3379.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat