Analisis Teknikal USD/JPY- Timeframe H1 – 14/8/2018

1,522

 

Matawang USD masih dilihat stabil walaupun didagangkan perlahan pada sesi pasaran Asia hari ini, namun harga mula membuat kenaikan sehingga jam 4 petang tadi. USD disokong oleh data-data positif sebelum ini seperti pertumbuhan inflasi, kenaikan sektor pekerjaan, perkembangan ekonomi serta kenaikan gaji di Amerika Syarikat yang menyokong untuk kenaikan kadar faedah di negara tersebut.

Kenaikan harga pada chart USD berbanding JPY juga adalah atas faktor matawang JPY yang melemah kesan daripada sentimen pasaran semasa yang kembali pulih ekoran isu ketidaktentuan geopolitik sebelum ini. Pasaran-pasaran saham juga dibuka positif hari ini dan kadar pulangan bon turut meningkat.

Secara teknikal, USDJPY membuat kenaikan sejak awal sesi Asia hari ini dan harga telah menembusi (breakout) resistance semalam pada paras 110.94.

Harga juga dilihat telah menembusi (breakout) garisan Moving Average 100 (MA100) sehingga paras harga sekitar 111.10 setakat jam 4 petang tadi. Pasaran global semasa yang kian stabil hari ini mampu membantu harga melonjak lebih tinggi jika keadaan berterusan. Jika harga berjaya melepasi paras resistance 111.40, harga berpotensi untuk membuat kenaikan sehinnga paras resistance sebelum ini di sekitar 112.30, iaitu paras yang dicapai pada awal Ogos ini.

Paras support: 110.198, 109.729, 109.359.

Paras resistance: 111.037, 111.407, 11.876.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat