Analisisi GOLD – Emas Teruskan Kenaikan Hampiri $1,800!

1,134

Berita lonjakan kes Covid-19 di China di awal minggu ini membuatkan pelabur mengambil langkah berjaga-jaga untuk berada dalam pasaran dengan kebimbangan sentimen pasaran yang bakal berisiko semula.

Selain itu, pelabur juga turut memantau amaran yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa dunia berkemungkinan perlu bersedia untuk gelombang pandemik yang baru.

Aset emas antara yang memanfaatkan peluang dalam suasana pasaran yang tak menentu ini dengan meneruskan corak kenaikan lebih tinggi lagi di awal minggu ini sementara US dolar kekal didagangkan menyusut.

Pegawai-pegawai Federal Reserve (Fed) melontarkan pandangan dengan nada yang bercampur terhadap unjuran dasar monetari bagi mesyuarat berikutnya menyebabkan pelabur terus hilang keyakinan terhadap raja mata wang itu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat mendatar pada zon tumpuan 1760.00 di awal minggu sebelum kenaikan diteruskan lagi pada hari ini (Selasa).

Kenaikan dilihat berlaku pada sesi Eropah dengan ketinggian terbaru dicapai pada 1784.00 sebelum sedikit mengundur semula.

Harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD masih menunjukkan pergerakan harga diteruskan pada trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk harga menuju ke zon tumpuan 1800.00 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 3 bulan setelah kali terakhir harga mencapai zon tersebut pada pertengahan Ogos lalu.

Namun, jika harga mula susut semula, zon 1760.00 dilihat bakal diuji sementara penurunan di bawah paras sokongan MA50 akan menjadi indikasi awal perubahan trend bearish.

Harga yang menjunam lebih rendah di bawah 1760.00 berkemungkinan boleh menuju semula ke sekitar zon 1720.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat