Apa Hal Kanada & India Berbalah? Amerika Pun Takut Nak Campur!

2,481

Perselisihan antara Kanada dan India nampaknya semakin memanas sehinggakan Amerika Syarikat enggan masuk campur dalam perbalahan antara kedua-dua negara itu.

Ia bermula dengan tuduhan oleh Perdana Menteri Justin Trudeau bahawa kerajaan India mungkin telah terlibat dalam pembunuhan Hardeep Singh Nijjar, seorang pemimpin Sikh pada bulan Jun di bumi Kanada.

Ujarnya, terdapat ‘dakwaan boleh dipercayai’ yang mengaitkan India dengan pembunuhan tersebut.

Ekoran itu, Kanada mengusir seorang diplomat India daripada negara itu, setelah mengatakan sebarang pembunuh seperti itu akan menjadi pelanggaran kedaulatan yang tidak boleh diterima.

India segera bertindak balas terhadap tindakan tersebut, dengan turut mengusir diplomat Kanada daripada negaranya pada hari Selasa.

Kementerian Hal Ehwal Luar India menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak masuk akal dan bermotivasi, sambil menambah bahawa ia menolak sebarang percubaan untuk mengaitkan kerajaan dengan dakwaan sedemikian.

Walaupun Amerika Syarikat berkata ia ‘sangat prihatin’ tentang tuduhan itu, namun tidak jelas apa langkah yang akan diambil selanjutnya.

Menurut laporan Washington Post, AS enggan menyertai Kanada dalam mengumumkan hasil siasatan ke atas pembunuhan tersebut bagi mengelakkan daripada memusuhi India.

Pun begitu, Reuters pula melaporkan sebaliknya, di mana perisikan AS terlibat dalam membantu Kanada menyusun kes terhadap New Delhi.

Walau apapun tindakan Amerika, ia pastinya dibuat dengan berhati-hati bagi menjaga hubungan baiknya dengan Kanada dan India.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat