Apple Benarkan Pelanggan Ke Premis Tanpa Pelitup Muka

397

Syarikat Apple Inc bakal menghapuskan peraturan pemakaian topeng pelitup muka untuk pelanggan di kebanyakan premis runcitnya di Amerika Syarikat (AS) bermula Jumaat susulan laporan penurunan kes jangkitan Covid-19 menurut laporan Bloomberg.

Langkah tersebut bakal diikuti oleh lebih 100 syarikat meliputi 270 premis di seluruh AS dengan kebanyakan kedai semakin menyesuaikan keadaan tersebut secara beransur-ansur.

Pelaksanaan langkah ini dilihat dibuat untuk memaksimakan kadar penjualan produk Apple walaupun ekonomi masih berdepan risiko penularan jangkitan virus.

Namun, syarikat pembuat iPhone tersebut tidak memberikan ulasan lanjut.

Sebelum ini, kebanyakan syarikat teknologi utama termasuk Facebook Inc, Google dan Microsoft Corp terkesan akibat wabak Covid-19 yang mengakibatkan penurunan pada kadar jualan serta pendapatan syarikat.

Namun, untuk terus kekal bertahan, syarikat perlu menyerap tekanan dan menampilkan langkah-langkah yang bersesuaian dengan situasi semasa sebelum syarikat boleh kembali bergerak stabil semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat