Arab Saudi Ugut Biden Untuk Jatuhkan Ekonomi Amerika?

767

Hubungan antara Amerika Syarikat dan Arab Saudi tampaknya semakin goyah sejak akhir-akhir ini.

Ia susulan konflik mengenai minyak mentah, di mana Presiden Joe Biden sebelum ini telah memberi amaran untuk mengenakan ‘tindakan’ ke atas Arab Saudi atas keputusannya mengurangkan pengeluaran minyak pada Oktober lalu.

Namun, ia dibalas dengan tenang oleh kerajaan Arab Saudi yang mempertahankan tindakannya melalui kenyataan diplomatik.

Tanpa disedari, Putera Mahkota Mohammed bin Salman secara peribadi telah mengancam Washington untuk mengubah secara asas hubungan dua negara itu dan mengenakan tindakan ekonomi yang ketara jika AS berbuat demikian.

Ini dilihat daripada dokumen sulit yang diperoleh daripada The Washington Post yang melaporkan perkara tersebut.

Walaupun tidak jelas sama ada ancaman tersebut disampaikan terus kepada pegawai AS, tetapi ia secara tidak langsung mendedahkan ketegangan antara kedua-dua negara itu.

Apatah lagi, hubungan Arab Saudi dengan China juga semakin erat yang baru-baru ini telah menyertai blok keselamatan China iaitu Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) sebagai rakan dialog.

Meskipun begitu, laporan ini dilihat tidak memberi sebarang impak buat dagangan minyak mentah semasa yang kini didagangkan stabil berikutan US dolar yang lebih lemah.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan sedikit berubah pada sekitar harga $75.49 setong, manakala WTI AS pada $70.83 setong.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat