AS Ajak China Berbincang Tentang ‘Belon’ Pengintip, Ini Reaksi Beijing!

317

China dikatakan telah menolak permintaan Amerika Syarikat untuk berbincang mengenai belon pengintipnya yang dikesan memasuki ruang udara negara itu minggu lalu.

Setiausaha Akhbar Pentagon, Pat Ryder memberitahu pada Selasa bahawa pihaknya telah mengemukakan permintaan untuk panggilan telefon antara Setiausaha Pertahanan AS Lylod Austin dan Menteri Pertahanan China Wei Fenghe.

Pun begitu, Beijing telah menolak permohonan tersebut walaupun insiden tersebut dilihat telah memburukkan ketegangan hubungan antara kedua-dua negara yang sudah sedia goyah.

Minggu lalu, AS melaporkan bahawa terdapat ‘belon’ yang mencurigakan berlegar di ruang udaranya selama berhari-hari dan percaya ia adalah milik Beijing..

Belon itu bagaimanapun telah ditembak jatuh oleh sebuah jet pejuang Tentera Udara AS di luar pantai Carolina Selatan selepas memastikan ia selamat untuk diturunkan.

Insiden tersebut telah mencetuskan kekecohan politik di Washington yang mendorong diplomat tertinggi AS Anthony Blinken membatalkan lawatannya ke negara itu.

Meskipun begitu, China mengatakan ia hanya belon cuaca yang ‘terlepas’ ke ruang udara AS dan menuduh reaksi White House sebagai keterlaluan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat