AUDUSD Analisa Fundamental Harian 20 Oct 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-audusd-006

Aussie Dollar yang melonjak lebih 65 pips sepanjang sesi Asia Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 0.7305, kembali merudum pada sesi New York untuk jatuh menghampiri paras terendah harian sekitar 0.7240, sebelum menutup sekitar paras 0.7245 lebih rendah dari pembukaan sekitar 0.7255; setelah ekonomi China yang merupakan rakan dagang terbesar Australia, dilaporkan berkembang pada kadar yang paling perlahan sejak krisis kewangan global, pada suku ketiga lalu.

Statistik Biro China berkata semalam bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) meningkat sebanyak 6.9% pada suku ketiga setelah disesuaikan dengan inflasi, turun daripada 7% pada dua suku pertama dan 7.3% pada tempoh yang sama pada 2014. Angka Isnin menunjukkan bahawa China mungkin terpaksa berjuang untuk mencapai sasaran pertumbuhan setahun penuh “sekitar 7%” seperti yang diumumkan Perdana Menteri Li Keqiang pada bulan Mac.

[adrotate group=”6″]

Walau bagaimanapun, Biro Perangkaan Negara China berkata, pertumbuhan serendah 6.5% pada bulan lepas adalah masih dalam julat sasaran.  Walaupun pembuatan dan pembinaan hartanah telah menjadi perlahan untuk lebih daripada satu tahun; perkhidmatan kewangan yang menyediakan rangsangan sementara kepada pertumbuhan ekonomi pada awal 2015, meraih keuntungan daripada lonjakan pasaran saham.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat