AUDUSD Analisa Teknikal 2 Oct 2014

169

teknikal-analisis-forex-audusd-2Oct2014

Seperti yang telah dianalisis pada 25 Sept 2014 yang lepas, harga berjaya membuat penurunan sehingga harga terendah 24 Jan 2014 iaitu pada 0.8660 sebelum bounce back sehingga hampir 130 pip dan membentuk sebuah Bullish Patern Candle.

Dipercayai harga akan berlegar sekitar 0.8880 dan 0.8660 (kotak kuning) sebelum menunggu berita Non Farm Payroll (NFP) pada Jumaat ini 3 Oct 2014. Dengan level RSI Index sekitar 30/20(oversold), ramai trader menunggu sedikit pantulan untuk mengambil sedikit keuntungan atau mula menunggu untuk menjual semula. Berikutan juga index dollar yang terlalu mahal, mungkin mengalami sedikit penyusutan selepas NFP.

Walaupun begitu, trend masih dilihat terus bearish untuk jangka masa panjang JIKA MA 200(merah) bersilang dengan sempurna dengan MA 100(biru), dan MA 50(hijau). Untuk meneruskan bearish trend, level 0.8660 perlu dilepasi dahulu dan 0.8309 (harga terendah 1 July 2010)

Melepasi Level Fibo Retracement 50% adalah peluang terbaik untuk AUDUSD mula menukar trend kepada bullish.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat