Bank Dunia Sumbang AS$12 Bilion Untuk Bekalan Covid-19

186

Bank Dunia sedang menunggu kelulusan lembaga pengarah berhubung pelan pembiayaan vaksin coronavirus sebanyak AS$12 bilion bagi membantu negara miskin dan membangun untuk mendapatkan jumlah dos vaksin yang mencukupi ketika ia dihasilkan dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Menurut Presiden Bank Dunia, David Malpass, pelan itu dilaksanakan bertujuan membantu negara-negara mendapatkan dan mengedarkan vaksin lebih awal kepada pekerja barisan hadapan dan meningkatkan penghasilan vaksin secara global.

Ujarnya, pertimbangan mengenai pelan itu akan hanya diketahui pada awal bulan depan.

Persaingan global dalam penghasilan vaksin coronavirus dengan lebih awal kian sengit selepas negara-negara maju berjaya memperoleh bekalan yang diperlukan.

Tambah Malpass, pihaknya hanya akan memberi keutamaan kepada negara-negara miskin dan membangun yang berdepan penyebaran Covid-19 secara serius bagi memastikan mereka mempunyai dana mencukupi untuk mendapatkan bekalan dan menyusun sistem pengedaran vaksin untuk memenuhi permintaan kelak.

Jelasnya lagi, tanpa bekalan dos lebih awal, ia bakal menyebabkan penularan wabak itu menjadi tidak terkawal dan kebanyakan negara berkenaan akan berdepan krisis ekonomi, sekali gus mengakibatkan kemiskinan.

Malpass turut menyatakan beliau kini dalam perbincangan untuk meyakinkan semua negara bahawa pengedaran vaksin yang adil adalah penting dalam memberikan hasil yang lebih baik kepada dunia.

Pelan tersebut akan memberikan geram atau pinjaman kepada negara-negara tertentu serta akan dapat memilih mana-mana vaksin yang memenuhi kriteria keselamatan, termasuk persetujuan daripada pelbagai badan pengawalseliaan yang sangat dihormati seperti di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Jepun dan beberapa negara Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat