Banzai! Uniqlo Satu-Satunya Syarikat Yang Kekalkan Operasi Di Rusia!

2,760

‘Ora! Hati kau memang kering Tadashi Yanai.’

Gergasi peruncitan Asia, Fast Retailing Co dan syarikat induk, Uniqlo akan meneruskan operasinya di Rusia walaupun pelbagai jenama besar lain melaksanakan sekatan terhadap Rusia atas tindakan agresif kerajaan Vladimir Putin yang menyerang Ukraine.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Uniqlo, Tadashi Yanai dalam satu kenyataan berkata walaupun beliau menentang dan mengkritik tindakan Rusia, namun orang Rusia berhak untuk mendapatkan keperluan pakaian, maka kesemua 50 kedai Uniqlo akan terus beroperasi di negara itu.

Tindakan tersebut dilihat bertentangan dengan jenama-jenama besar dunia lain yang mengenakan sekatan kepada Rusia.

Selain itu, Yanai juga dilihat mempersoalkan trend yang mendesak syarikat untuk membuat pilihan politik, dimana pada April lalu beliau enggan mengulas mengenai isu kapas dari wilayah Xinjiang China dan sebulan sebelum itu Amerika Syarikat (AS) telah menyekat penghantaran baju Uniqlo atas kebimbangan mengenai amalan buruh paksa.

Uniqlo juga pernah disiasat oleh kerajaan Perancis dan beberapa jenama fesyen lain.

Umum mengetahui bahawa Rusia kini menerima tentangan dan sekatan kuat oleh banyak negara-negara lain sehingga mencetuskan sekatan perdagangan dan penalti kewangan.

Antaranya, Apple Inc dan Nike Inc yang menutup kedai mereka dan pembuat kereta BMW AG serta General Motors Co menggantung penghantaran kenderaan ke Moscow.

Dalam pada itu, kerajaan Jepun secara dasarnya mengikuti AS dan negara Eropah lain yang mengenakan sekatan terhadap Rusia seperti membekukan aset oligarki Rusia serta institusi kewangannya, Bank Pusat Rusia.

Namun begitu, syarikat-syarikat Jepun sedang mengalami tekanan daripada tindakan tersebut, dimana Toyota Motor Corp dan Honda Motor Co berkata mereka menghentikan penghantaran kenderaan ke Rusia tetapi lobi perniagaan memberi amaran kepada gergasi perdagangan Mitsubishi Corp dan Mitsui & Co supaya tidak tergesa-gesa keluar daripada projek minyak dan gas Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat