Bekalan Petrol AS Susut Ketara, Cetus Kebimbangan Pasaran Minyak

5,940

Dagangan minyak mentah sedikit meningkat susulan laporan yang menunjukkan simpanan petrol Amerika Syarikat semakin menyusut menjelang musim pemanduan dan Arab Saudi pula mengatakan tiada apa lagi yang boleh dilakukan untuk meredakan pasaran.

Pembukaan sesi Eropah menyaksikan, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan menokok 0.8% pada $114.50 setong manakala WTI Amerika Syarikat pula meningkat 0.4% kepada $115.70 setong.

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan bahawa bekalan petrol jatuh sebanyak 4.2 juta tong pada minggu lepas, iaitu berada di tahap paling rendah untuk tahun ini sejak 2013.

Hari Peringatan AS pada hujung minggu dijangka paling sibuk selepas dua tahun disekat Covid-19. Ini membuatkan permintaan bahan api meningkat memandangkan lebih ramai pemandu bercadang untuk melakukan perjalanan.

Sementara itu, Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan memberitahu bahawa bekalan minyak semasa adalah seimbang dan kerajaan telah melakukan apa yang terdaya. Kenyataan tersebut dibuat ketika sesi panel di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Hal ini menyebabkan bekalan minyak terus di bawah tekanan ketika pasaran terus mengikuti perkembangan mengenai perbincangan Kesatuan Eropah (EU) untuk menyekat minyak Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat