Krisis Makanan Berterusan, India Hadkan Eksport Gula Pula

3,454

‘Lepas ni dah tak boleh nak buat pickup line senyuman mu semanis gula.’

Baru sahaja lagi gempar isu pengharaman eksport gandum oleh kerajaan India sehingga membuatkan harga produk tersebut mencanak, kini selepas gandum, kerajaan India bertindak mengehadkan eksport gula pula.

Perkara tersebut telah diwarta dalam perintah kerajaan India dengan menyatakan bahawa eksport gula akan dihadkan kepada 10 juta tan sahaja bagi musim ini.

Perkara yang julung kali berlaku dalam tempoh 6 tahun ini turut menyaksikan pengeskport perlu mendapatkan kebenaran sebelum membuat sebarang penghantaran ke luar negara bermula 1 Jun hingga 31 Oktober.

Dipercayai tindakan tersebut diambil untuk mengawal harga gula tempatan dan memastikan bekalan di pasaran domestik stabil.

Namun, di seberang tambak pula penanda aras harga gula putih di London telah melonjak 1% selepas pengumuman di India.

Menurut sumber, kerajaan India pada mulanya ingin mengehadkan eskport kepada 8 juta tan sahaja namun selepas menyemak semula anggaran pengeluaran, keputusan 10 juta tan telah dipersetujui.

Selain itu, keputusan 10 juta tan tersebut disambut baik oleh sebab ia akan membantu India menjual kuantiti gula yang agak besar dalam pasaran dunia.

India yang merupakan pengeluar dan pengeksport ke-2 terbesar gula selepas Brazil telah menghadapi pelbagai krisis makanan pada tahun ini.

Walaupun masih tidak dapat dipastikan kesan tindakan India ini terhadap Malaysia, ia serba sedikit pasti menambah kebimbangan rakyat yang sering menggunakan gula dalam juadah masakan tempatan.

Tidak dilupakan juga bahawa Malaysia sendiri sedang menghadapi krisis makanan dengan harga ayam yang melonjak tinggi sehingga kerajaan terpaksa menghentikan eskport produk tersebut buat sementara waktu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat