Boom! Nvidia Meletup Gemparkan Wall Street

1,754

Pembuat cip Nvidia terus mendapat manfaat daripada ledakan kecerdasan buatan (AI) selepas melaporkan pendapatan yang lebih kukuh pada suku kedua yang berakhir 30 Julai 2023.

Pendapatan Nvidia melonjak 101% pada asas tahunan kepada $13.51 bilion pada suku fiskal kedua, jauh mengalahkan jangkaan Refinitiv untuk meningkat hanya $11.22 bilion.

Prestasi memberangsangkan itu dijangka tidak akan terhenti di sini selepas Nvidia turut meletakkan ramalan hasil yang lebih tinggi pada suku ketiga fiskalnya sebanyak $16 bilion.

Bukan itu sahaja, malah syarikat itu turut menyatakan rancangan untuk membeli balik (buyback) $25 bilion sahamnya, menandakan ia yakin dengan operasi semasanya.

**Program beli balik juga boleh memberi isyarat bahawa pengurusan syarikat percaya sahamnya sedang dinilai rendah.

Saham firma itu meroket lebih 6.5% dalam perdagangan lanjutan di New York, sekali gus menambah keuntungan besar mereka tahun ini.

Malah sebelum laporan itu dikeluarkan, saham Nvidia telah meningkat lebih tiga kali ganda untuk tahun ini, menjadikannya prestasi terbaik dalam S&P 500.

Ekoran daripada itu juga, Nasdaq dan S&P 500 ditutup lebih tinggi 1%, manakala indeks Dow Jones pula meningkat 0.5%.

Ketua pegawai eksekutif Nvidia, Jensen Huang berkata bahawa era pengkomputeran baharu telah bermula. Syarikat di seluruh dunia sedang beralih daripada tujuan umum kepada pengkomputeran pantas dan AI generatif.

Tambahnya lagi, Nvidia kini sedang berusaha untuk menjadi sistem IT perusahaan dan pembekal perisian terbuka bagi membawa NVIDIA AI kepada setiap industri.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat