Budak Usia 12 Tahun Cetus Trend Baharu Sebagai Ikon Pelabur Muda

4,080

Menonton berita ekonomi merupakan aktiviti pertama dalam rutin harian bagi seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dari Korea Selatan.

Ya, anda tidak salah baca. Kanak-kanak yang dikenali sebagai Kwon Joon ini bercita-cita mahu menjadi ‘the next Warren Buffett’ selepas memperoleh keuntungan sebanyak 43% daripada hobinya yang dilakukan sejak tahun lalu iaitu membeli saham.

Joon memujuk ibunya untuk membuka akaun ‘trading’ pada April tahun lalu dengan menggunakan wang simpanannya berjumlah $22,400 sebagai modal permulaan selepas penanda aras indeks KOSPI mula menunjukkan pemulihan daripada kejatuhan terbesarnya dalam tempoh sedekad.

“Saya benar-benar berbincang dengan ibu bapa saya mengenai perkara itu kerana saya percaya seorang pakar yang mengatakan ini merupakan peluang yang jarang ada dalam tempoh sedekad.

“Idola saya adalah Warren Buffett. Berbanding melakukan trading untuk tempoh jangka masa pendek, saya mahu menyimpan pelaburan saya untuk 10 ke 20 tahun dengan perspektif jangka masa panjang, dengan harapan akan memaksimumkan keuntungan,” kata Joon.

Joon juga telah membuat senarai untuk pembelian sahamnya pada masa hadapan. Antara saham yang menjadi sasaran Joon adalah Kakao Corp, Samsung Electronic Co dan Hyundai Motor.

Menurut laporan Reuters, pelabur runcit di Korea Selatan terdiri daripada remaja atau kanak-kanak ketika ini meliputi dua pertiga daripada jumlah nilai dagangan saham negara itu, berbanding kurang daripada 50% pada 2019.

Trend berkenaan berkembang selepas pasaran ekuiti dilihat berjaya ‘menarik minat’ golongan ibu bapa yang kecewa dengan sistem pendidikan negara itu selain mereka yang bekerja dari rumah.

“Saya tertanya-tanya pada zaman sekarang ini, adakah ijazah akan menjadi sangat penting,” kata ibu kepada Joon iaitu Lee Eun-joo, yang memupuk semangatnya dengan mendedahkan Joon kepada dunia perniagaan.

Selain itu, Eun-joo juga bimbang walaupun anaknya dihantar ke sekolah yang terbaik tetapi masih tidak mampu untuk mendapatkan pekerjaan ekoran kekurangan peluang pekerjaan di Korea Selatan.

Situasi itu juga nampaknya difahami oleh Joon sendiri.

“Berbanding pergi universiti terbaik seperti Universiti Nasional Seoul, saya lebih berminat mahu menjadi seorang pelabur.

“Saya juga berharap dapat melakukan lebih banyak kerja kebajikan,” ujar Joon.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat