“Bukan Aset Sebenar!” – Bursa Malaysia Tolak Perdagangan Kripto

1,675

“Setiap pihak ada pandangan berbeza tentang kripto, jadi korang jangan la marah pula ye.”

Setelah melihat penawaran mata wang kripto dan ETF, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Bhd Datuk Muhamad Umar Swift menolak idea bagi memiliki aset digital di bursa berbilang asetnya disebabkan tidak selaras dengan matlamatnya.

Hal ini kerana matlamat Bursa Malaysia adalah untuk mencipta peluang dan nilai yang semakin meningkat, tetapi kripto tidak dapat melakukan seperti diinginkannya, tegas Umar.

Beliau turut berkata kripto bukanlah aset sebenar susulan ia tidak mempunyai sebarang nilai intrinsik ditambah pula Bursa Malaysia direka bagi membantu ramai orang mengumpul modal dan bukannya hanya tentang perdagangan semata-mata.

Semua produknya kembali pada ekonomi sebenar tetapi kripto hanyalah kripto, jadi inilah sebabnya mengapa Umar menyatakan aset digital tidak akan menjadi sebahagian daripada kelas aset baharunya yang stabil.

Tambahnya lagi, tujuannya adalah untuk membantu firma mengumpul atau mengembangkan modal, menggaji orang dan membuat keuntungan, bagaimanapun kripto tidak melakukan itu susulan ia hanya berdagang demi perdagangan.

Sebagai bursa berbilang aset, Bursa Malaysia mempunyai Bursa Carbon Exchange, bursa produk berbilang alam sekitar patuh syariah yang memperdagangkan kredit karbon melalui kontrak karbon piawai.

Ia juga memiliki Bursa Gold Dinar untuk pelaburan emas termasuk BR Capital yang bertujuan merapatkan jurang pengumpulan dana dengan menyediakan saluran pengumpulan dana tambahan untuk penerbit yang layak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat