Bukan Je Restu, Tapi Biden Bagi ‘Free Give’ Kepada Projek $20 Bilion IBM!

328

‘Betul-betul Biden push syarikat semikonduktor kaw-kaw ni.’

Firma pengkomputeran Amerika Syarikat (AS), IBM menerima rangsangan baru di sebalik pembinaan kilang bernilai $20 bilion apabila Presiden Joe Biden meluluskan subsidi bagi menyokong usaha tersebut.

Pengumuman bantuan subsidi tersebut dinyatakan oleh Biden sendiri selepas beliau melawat tapak pembinaan kilang IBM di New York.

Meringkaskan ucapan Biden, beliau menzahirkan keterujaan dan memberi sokongan penuh kepada pelaburan IBM tersebut.

Beliau juga sempat mengumumkan pakej rangsangan subsidi kepada pembuatan cip semikonduktor AS yang diharap turut meningkatkan kadar penawaran kerja.

Mengakhiri ucapan Biden menegaskan bahawa pelaburan $20 bilion IBM akan mengubah paradigma dunia dengan AS diharap akan menjadi pemain utama dalam pengeluaran cip semikonduktor.

Bercerita pada sisi IBM pula, syarikat mengumumkan pelaburan $20 bilion untuk membina kilang pengeluaran yang memfokuskan pembuatan semikonduktor beserta pengkomputeran dan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Ia adalah rentetan daripada rang perundangan Cip dan Sains yang dimeterai Biden pada Ogos dalam menyalurkan pembiayaan $52 bilion untuk mensubsidikan pembuatan dan penyelidikan cip semikonduktor.

Perkara tersebut mungkin sebahagian plan tindakan AS dalam mengeluarkan cip semikonduktor ciptaan mereka sendiri dan ingin kurang bergantung kepada import luar.

Dalam pada itu, IBM tidak mendedahkan butiran lengkap mengenai pembinaan kilang tersebut.

Setakat penulisan ini, saham IBM turun 2.79% pada $112.23 dengan pemodalan syarikat sebanyak $110.40 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat