Bursa Dow Jones Catat Peningkatan Lebih 200 Mata Dalam Sesi Dagangan Awal!

319

Saham-saham didagangkan tinggi pada hari Rabu selepas data yang dikeluarkan melaporkan jangkaan pendapatan syarikat Lowe dan Target akan mencatat peningkatan yang besar. Para pelabur kini sedang menantikan laporan minit mesyuarat the Fed bagi melihat indikasi terhadap pemotongan kadar faedah.

Syarikat besar dalam bidang runcit, Target Corp mencatat keuntungan saham sebanyak 16.3% dalam bursa S&P 500 selepas jangkaan pendapatan tahunan dijangka meningkat. Selain itu, syarikat pesaing terbesar Home Depot iaitu Lowe mencatat keuntungan saham kedua terbesar iaitu sebanyak 11.4% selepas jangkaan pendapatan tahunan meningkat.

Tumpuan utama pasaran kini ialah pada minit mesyuarat Julai the Fed yang akan dikeluarkan dalam masa beberapa jam lagi, dimana the Fed telah memotong kadar faedah buat pertama kali dalam tempoh 1 dekad.

Menurut penganalisis, laporan minit mesyuarat FOMC akan menunjukkan bagaimana risiko yang sedang dihadapi berkaitan dengan perdagangan global dan indikasi pemotongan kadar faedah pada masa hadapan. Namun tumpuan yang lebih utama adalah pada ucapan Jerome Powell pada hari Jumaat ini.

Pada hari ini, Presiden Donad Trump telah melancarkan kritikan sekali lagi ke arah The Fed pada hari ini dengan menggesa agar the Fed memotong kadar faedah dengan kadar yang besar menjelang penampilan pengerusi the Fed Jerome Powell di Simposium Ekonomi 2 hari lagi.

Bursa S&P mencatat peningkatan sebanyak 0.93% setakat ini. Disisi lain, Bursa Dow Jones dan Bursa Nasdaq masing-masing mencatat peningkatan yang lebih besar iaitu sebanyak 1.15% dan 1.11% setakat jam 11.30 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat