Bye Australia, RBNZ Masih Hawkish!

137

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) sekali lagi menepati jangkaan pasaran dengan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas untuk kali kelima berturut-turut.

Ini sekali gus membawa kadar tunai rasmi bank pusat itu meningkat kepada 3.5%, tertinggi dalam tempoh tujuh tahun susulan kenaikan 305 mata asas sejak Oktober 2021 sebanyak lapan kali.

Susulan keputusan ini, bank pusat itu memberi isyarat bahawa lebih banyak peningkatan kadar akan dilaksanakan pada masa akan datang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, para penggubal dasar dikatakan bersetuju untuk terus mengetatkan dasar monetari bagi mengekalkan kestabilan harga dan pasaran buruh yang mampan.

Malah, mereka turut membahaskan sama ada perlu menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas memandangkan tekanan harga yang masih tinggi dalam ekonomi, tetapi memutuskan untuk kenaikan setengah mata peratusan.

Ulasan hawkish itu ternyata berbeza dengan perubahan dovish oleh Reserve Bank of Australia (RBA) yang pada Selasa telah meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas sahaja berbanding jangkaan untuk peningkatan 50 mata.

Meskipun begitu, penggubal dasar mengakui bahawa kejatuhan harga rumah dan harga aset lain akan memberi kesan negatif kepada penggunaan isi rumah.

Rentetan daripada keputusan ini, dolar New Zealand melonjak 0.9% berbanding US dolar pada sekitar harga $0.5782.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat