China Akan Terus Membuka Pintu Perdagangan Dan Ini Adalah Peluang Kepada Dunia

44

Premier China Li Ke Qiang semalam memberitahu bahawa China akan terus membangunkan ekonomi mereka dengan membuka pintu dengan lebih luas.

Li berkata, “Ekonomi kami akan terus berkembang dan ia boleh dicapai dengan membuka peluang-peluang lebih luas”.

Tambahnya lagi, “Dasar ekonomi terbuka sekaligus membantu China dan dasar yang sebelum ini, tidak mahu ke arah global menyebabkan China jauh ketinggalan”.

Li juga berkata ekonomi global menghadapi kekurangan permintaan dan konflik struktur akan menyebabkan perkembangan ekonomi dunia terus perlahan.

Instrumen dasar yang lebih berkesan dan lebih baik diperlukan bagi memastikan kestabilan dasar jangka masa pendek mahupun panjang.

Perubahan demi perubahan dasar ekonomi makro juga diperlukan.

Selasa lalu, Li berada di New York dan memberi maklum balas kepada pemimpin bisnes asing mengenai akses yang agak terhad ke pasaran China dengan memberitahu China akan terus membuka pintu lebih luas namun terdapat sektor yang masih belum matang.

Sebagai contoh China sanggup membuka pintu yang lebih luas, China juga akan membenarkan daging import dari Amerika Syarikat.

Selain daripada itu, Li juga menegaskan  tiada berlakunya sebarang manipulasi terhadap matawang mereka untuk memastikan eksport mereka terus baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat