China Bebaskan Wartawan Bloomberg Dengan Ikat Jamin

206

‘Isu hangat ni, apa rahsia disebalik penahanan tersebut agaknya?’

Salah seorang kakitangan agensi berita Bloomberg yang ditahan atas pertuduhan mengancam keselamatan negara China telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Wartawan Haze Fan, yang berwarganegara China, telah ditahan kerajaan pada Julai 2021 kerana disyaki melakukan jenayah yang boleh membahayakan keselamatan negara.

Beliau merupakan antara 127 orang petugas media yang telah ditahan, ditangkap atau dihalau kerajaan China atas dakwaan menyebarkan maklumat sulit kerajaan kepada negara luar.

Menurut Bloomberg, Fan telah dibebaskan dengan ikat jamin pada Januari lalu namun mereka tidak dapat mengesahkan mengapa berita tersebut baru tersebar sekarang.

Selain itu, Kementerian Luar China juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi melibatkan pembebasan Fan setakat ini.

Sebagai pengetahuan, ketika penahanan Fan lalu kerajaan China telah memberi alasan ‘urusan dalaman‘ dan menghalang sebarang campur tangan pihak luar.

Ketika itu China juga sedang menjalankan ‘kempen penindasan‘ di seluruh dunia terhadap petugas media, terutamanya wartawan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat