Ekonomi A.S Kian Membimbangkan, Jualan Runcit A.S Pada Mei Jatuh Tanpa Diduga!

3,726

Jualan runcit Amerika Syarikat (A.S) tanpa disangka dilaporkan jatuh secara tiba-tiba pada bulan Mei kerana pembelian kenderaan bermotor merosot di tengah-tengah kekurangan bekalan,dan harga petrol yang tinggi telah menyebabkan pengguna menyalurkan perbelanjaan ke barangan lain.

Jualan runcit A.S. jatuh buat kali pertama dalam tempoh lima bulan pada bulan Mei ini juga membawa indikasi bahawa ekonomi berkembang perlahan perlahan lebih cepat daripada sangkaan the Fed. Jualan runcit turun 0.3% pada bulan Mei sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Perdagangan pada hari Rabu. Data pada bulan April pula disemak lebih rendah dengan menunjukkan peningkatan jualan jatuh daripada 0.9% kepada 0.7%.

Bacaan bulan Mei ini juga tersasar daripada jangkaan para pakar ekonomi yang menjangkakan bahawa jualan runcit akan meningkat 0.2%. Bagi jualan runcit teras yang tidak mengira beberapa komponen indeks meningkat 0.5%, kurang daripada 0.8% yang dijangkakan. Laporan tersebut turut menunjukkan bahawa pertumbuhan jualan perlahan kepada 8.1% setahun.

Harus diketahui bahawa harga purata negara bagi petrol melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa sebanyak $4.439 setong pada bulan Mei. Penurunan dalam jualan runcit juga mencerminkan peralihan daripada perbelanjaan barangan kepada perkhidmatan.

Harga pengguna tahunan meningkat paling banyak dalam hampir 40-1/2 tahun pada bulan Mei. Dengan inflasi yang menghakis kenaikan gaji, pengguna beralih kepada simpanan yang dikumpul dan dalam masa yang sama mengambil pinjaman untuk mengekalkan perbelanjaan.

Jualan runcit berkemungkinan kekal lembap kerana Rizab Persekutuan secara agresif mengetatkan dasar monetari untuk menyejukkan permintaan dan menurunkan semula inflasi kepada sasaran 2%. Bank pusat A.S. dijangka menaikkan kadar faedah polisinya pada awal pagi Khamis, dengan jangkaan kenaikan antara 0.5% ke 0.75%.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan meningkat selepas laporan dikeluarkan.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat