China Sengaja Sembunyikan Maklumat COVID-19 – Ini Kritikan Pompeo!

1,831

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo mengemukakan kritikannya terhadap China berkenaan pengendalian wabak COVID-19. Beliau mendedahkan bahawa Parti Komunis yang memimpin negara berkenaan sengaja menyembunyikan maklumat penting yang diperlukan oleh dunia dalam menangani virus merbahaya itu.

Selain itu, beliau turut menunding jari kepada Beijing yang dikatakan lambat berkongsi maklumat tentang virus itu lalu menyebabkan seluruh penduduk dunia berhadapan dengan risiko malah telah mengorbankan banyak nyawa.

Tambahan daripada itu, Rusia dan Iran didakwa sengaja melancarkan kempen untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat berkenaan COVID-19.  Bahkan mereka menuduh tentera Amerika Syarikat sebagai pembawa wabak itu dan mengatakan ianya berpunca dari Itali.

Walau bagaimanapun, Pompeo tidak menggelarkan wabak itu sebagai ‘virus China’ atau ‘virus Wuhan’ kerana ianya bakal mencetuskan kemarahan Beijing dan seluruh China.

Berikutan dengan kritikannya itu, beliau menyeru agar seluruh negara yang terlibat tidak mementingkan diri sendiri serta berkongsi segala maklumat secara telus kerana COVID-19 merupakan sebuah krisis global dan memerlukan kerjasama semua pihak dalam menanganinya.

Sementara itu, beliau menyatakan bahawa suatu keputusan penting perlu diambil khususnya berkenaan hubungan 2 negara iaitu Amerika Syarikat dan China. Hal ini demikian kerana Amerika Syarikat terpaksa berhadapan dengan masalah rantaian bekalan disebabkan pengendaliannya adalah dari China.

Namun, Pompeo tidak mengulas lanjut berkenaan isu tersebut. Terbaru, pegawai pentadbiran Amerika Syarikat berkata White House telah menyediakan perintah eksekutif untuk membantu memindahkan rangkaian bekalan perubatan dari China dan tempat lain ke Amerika Syarikat.

Akan tetapi, cadangan tersebut telah mencetuskan kebimbangan di China dan di tempat lain kerana Trump cenderung untuk bertindak secara membuta tuli.

Pada taklimat harian pasukan tugas coronavirusnya, Trump menyatakan bahawa Amerika Syarikat tidak boleh terlalu bergantung kepada negara asing dan perlu mengetahui cara untuk hidup sendiri. Selain itu, beliau menegaskan tentang matlamatnya iaitu Amerika Syarikat mestilah mempunyai ubat Amerika untuk pesakit Amerika serta  bekalan Amerika untuk hospital Amerika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat