COVID-19 Belum Habis, Kini Muncul Pula Hantavirus Di China!

9,807

China merupakan salah sebuah negara yang paling terjejas akibat penularan coronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19. Namun, ianya juga didakwa menjadi negara yang paling cepat pulih daripada wabak tersebut dengan penurunan jumlah kes dari semasa ke semasa. Terkini, muncul pula satu lagi wabak berjangkit di sana yang dikenali sebagai hantavirus.

Wabak tersebut dikesan apabila salah seorang lelaki dilaporkan maut. Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan, lelaki malang itu merupakan penduduk wilayah barat daya Yunan. Pada Isnin lalu, dia didakwa meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke wilayah Shandong, tempatnya bekerja dengan menaiki sebuah bas.

Sehubungan dengan itu, seramai 32 lagi penumpang bas yang sama telah menjalani ujian saringan kesihatan. Akan tetapi, keputusan ujian tersebut tidak didedahkan.

Untuk pengetahuan semua, virus tersebut kali pertama ditemui di Amerika Syarikat pada tahun 1993 yang dipercayai berpunca daripada tikus.

Berdasarkan kenyataan daripada Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit berpangkalan di Amerika Syarikat, virus itu tidak boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia. Namun, pernah berlaku di Argentina pada 1996 apabila wujud pendapat yang mengatakan bahawa hantavirus di Amerika Selatan boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia.

Berbeza dengan COVID-19, jangkitan virus ini akan mengakibatkan gejala seperti keletihan, sakit otot dan sakit kepala.
Persoalannya, adakah virus baru tersebut sengaja dihantar oleh Amerika Syarikat sebagai balas dendam terhadap China?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat