Covid & Xi Jinping! Ini Nasib Para Jutawan Di China Tahun Ini

292

‘Banyak benda berlaku tahun ni dekat China, adakah ini bermaksud negara Tembok Besar akan hilang status ekonomi ke-2 terbesar dunia?’

Dasar sifar-Covid, kejatuhan nilai saham dalam dan luar negara, kesan perang Rusia-Ukraine dan gerakan pengaruh Presiden Xi Jinping menyumbang kepada kejatuhan nilai kekayaan bagi kebanyakan jutawan di China.

Mencerap senarai Hurun Rich yang mengumpulkan jutawan dengan nilai kekayaan minimum 5 bilion Yuan ($692 juta),  berlaku penurunan 11% individu yang tersenarai pada tahun ini.

Difahamkan kemas kini senarai memperlihatkan terdapat 1,305 jutawan dengan jumlah pukal kekayaan pada $3.5 trilion, turun hampir 18% dari tahun lepas.

Selain itu, jumlah individu yang memiliki $10 bilion merosot 29 dari 56 orang dan secara keseluruhan jutawan China dilihat menyusut kepada 239 dari 946 tahun ini.

Digariskan juga faktor pengecutan berlaku ekoran prospek ekonomi suram daripada sekatan Covid yang menjejaskan pertumbuhan negara dan impak dari krisis perang Rusia-Ukraine.

Tindakan Presiden Xi yang meletakkan penyeliaan terhadap syarikat teknologi dalam memperkasakan pengaruhnya di China turut merencatkan pertumbuhan pada nilai saham untuk beberapa bulan lepas.

Dalam pada itu, pengasas TikTok iaitu Zhang Yiming mencuri tumpuan apabila menduduki tempat ke-2 dalam senarai Hurun Rich namun nilai kekayaan beliau turun 28% pada $35 bilion.

Pengasas Alibaba, Jack Ma berada di kedudukan ke-9 dan pengasas Tencent iaitu Pony Ma di tempat ke-5 dengan nilai kekayaannya turun $14.6 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat