Dari Desentralisasi Kepada Sentralisasi: Binance Pilih Ireland ‘Letakkan’ HQ

460

Bursa kripto terbesar dunia, Binance mahu menubuhkan ibu pejabat berpangkalan di Ireland.

Keputusan itu diambil susulan daripada sekatan penuh kripto di China dan isu-isu perundangan yang terpalit dengan Binance sejak beberapa bulan lalu.

Sebenarnya CEO Binance, Changpeng Zhao ada beberapa pilihan lain tetapi Ireland menjadi potensi besar selepas media The Irish Independent melaporkan berita tersebut.

Untuk pengetahuan, syarikat ini tidak pernah memiliki ibu pejabat kerana memilih untuk mengutamakan konsep tidak berpusat atau lebih tepat organisasi desentralisasi.

“Binance bertapak di seluruh dunia tanpa sempadan, tanpa ibu pejabat. Sekarang, lebih jelas yang Binance perlu wujud sebagai bursa berpusat untuk membuktikan ada entiti sah menyokongnya.” – CEO Binance.

Sebagai rekod, Binance telah menubuhkan tiga syarikat subsidiari di Ireland: Binance (APAC) Holdings, Binance (Services) Holdings, dan Binance Technologies.

Paling terbaru, mereka juga telah lancarkan Binance Exchange (Ie).

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa banyak institusi yang menawarkan perkhidmatan matawang kripto lebih selesa memilih Ireland berbanding negara-negara lain.

Misalnya BNY Mellon, bank tertua Amerika Syarikat (AS) telah menubuhkan unit aset digital baharu di Dublin, dikenali sebagai Digital Innovation Hub.

Unit tersebut menjalankan perkhidmatan perlindungan terhadap matawang kripto dan non-fungible token (NFT).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat