Data NFP Dijangka Kukuh, Tapi Kenapa USD Jatuh?

791

Dolar Amerika didagangkan lebih rendah berbanding kebanyakan matawang utama ketika pasaran menantikan penerbitan data pekerjaan NFP AS pada malam ini.

Kelemahan ini telah didorong oleh beberapa kenyataan daripada para pembuat dasar Federal Reserve (Fed) yang menolak pernyataan Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen untuk naikkan kadar faedah, dengan mengatakan bank pusat akan terus kekal dengan dasar semasa.

Indeks pasaran saham global yang terus menunjukkan prestasi cemerlang menjelang data NFP AS, turut menjadi faktor kelemahan buat US dolar.

Berbanding pesaing utama, indeks dolar diniagakan lemah di sekitar harga 90.86 pada awal sesi Asia.

Matawang euro memanfaatkan peluang untuk meningkat lebih tinggi dan didagangkan kukuh di sekitar harga 1.20600 pada sesi Asia.

Sementara itu, keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE) yang mengumumkan akan memperlahankan langkah program pembelian bonnya, telah menyokong dagangan pound untuk melonjak lebih tinggi.

Seperti dijangkakan secara meluas, BOE akan mengurangkan jumlah bon yang dibelinya setiap minggu kepada 3.4 bilion pound, dari 4.4 bilion pound, selain turut meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi UK pada tahun ini kepada 7.25%.

Dalam pada itu, tumpuan pasaran kini terarah kepada laporan pekerjaan NFP AS yang dijangka akan menambah hampir satu juta pekerjaan pada bulan April.

Sekiranya NFP meningkat sebanyak 978,000 seperti dijangkakan pasaran, ia akan menjadi bulan terkuat untuk pertumbuhan pekerjaan sejak Ogos tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat