Biden Mahu Kenakan Cukai Korporat 25%

288

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengatakan kadar cukai korporat antara 25% dan 28% dapat membantu membina infrastruktur yang sangat diperlukan di negara tersebut.

Biden sebelum ini menerusi pelan infrastrukturnya yang bernilai AS$2.3 trilion, beliau mencadangkan menaikkan kadar cukai korporat daripada 21% ke 28%.

Menurut pakar cukai pada bulan lalu, kadar cukai sebanyak 25% berkemungkinan adalah sangat wajar.

Bekas Presiden, Donald Trump sebelum ini bertindak menurunkan kadar cukai korporat pada 21% daripada 35% namun banyak syarikat-syarikat besar tidak membayar jumlah yang sepatutnya.

Susulan itu, Biden mahu meningkatkan kadar cukai berkenaan ke atas syarikat sebagai sebahagian pelannya untuk menyusun semula ekonomi AS bagi mengurangkan ketaksamaan dan berusaha melawan pengaruh China.

“Cara saya membayar ini (infrastruktur), adalah memastikan syarikat-syarikat besar membayar cukai dan mengurangkan potongan cukai antara 25 dan 28%,” kata Biden ketika lawatannya ke Lake Charles, Louisiana.

Lawatan Biden ke Louisiana yang sering menyokong calon presiden Republikan selama 20 tahun terakhir, adalah sebahagian daripada kempen ‘Getting America Back on Track Tour’ untuk mempromosikan pelan perbelanjaan infrastruktur bernilai AS$2.25 trilion dan cadangan pendidikan serta penjagaan kanak-kanak bernilai AS$1.8 bilion.

Hasrat Biden untuk membangunkan sekolah, jalan raya, latihan pekerjaan dan kerja-kerja awam lain serta mengenakan cukai terhadap golongan kaya dan syarikat, diterima baik oleh para pengundi kedua-dua parti sebelum ini.

Namun, pelannya itu menerima bantahan keras daripada ahli Republikan.

Ahli Kongres Republikan membantah cadangan pelan infrastruktur Biden bernilai AS$2.25 trilion selama lebih sedekad dengan alasan cukai yang tinggi dikenakan terhadap syarikat-syarikat besar akan menjejaskan peluang pekerjaan dan melemahkan ekonomi.

Ekonomi AS meningkat sewaktu pelaksanaan cukai yang tinggi dikenakan terhadap syarikat-syarikat besar seperti yang berlaku pada tahun 1960an dan 1990an.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat