Data Pekerjaan Australia Ubah Jangkaan Pelabur Untuk RBA!

222

Bacaan data pekerjaan Australia pada bulan Ogos menimbulkan ketidakpastian terhadap hala tuju seterusnya yang akan diambil oleh Reserve Bank of Australia (RBA) dalam menetapkan kadar faedah.

Angka terbaru dari Biro Perangkaan Australia (ABS) menunjukkan pekerjaan bertambah sebanyak 33,500 pada bulan lalu, meleset daripada jangkaan untuk peningkatan 35,000.

Bagaimanapun, catatan ini adalah lebih baik daripada bacaan pada bulan Julai yang telah menyaksikan penurunan mendadak dalam pekerjaan sebanyak 41,000.

Sementara itu, kadar pengangguran pula meningkat buat pertama kali dalam 10 bulan kepada 3.5% daripada 3.4%.

Gabenor RBA, Philip Lowe baru-baru ini telah memberi indikasi mengenai fleksibiliti untuk beralih kepada kadar kenaikan yang lebih perlahan dengan syarat ia diikuti dengan data yang akan masuk.

Setakat September, bank pusat itu telah menaikkan kadar faedah kepada 2.35% iaitu tertinggi dalam tempoh 7 tahun.

Pasaran kini menjangkakan bank pusat itu akan bergerak pada kadar kenaikan 25 mata asas yang lebih perlahan dan berhenti pada sekitar tahap 3% dalam kadar tunainya.

Reaksi dolar Aussie melihatkan mata wang itu sedikit berubah susulan data tersebut dengan pergerakan harga masih dibataskan oleh dagangan USD yang kekal kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat