Data Pekerjaan Kanada Memberangsangkan, Tambah 54,500 Pekerjaan

28

Kanada dalam laporan data pekerjaan pukul 8.30 malam mencatat data yang memberangsangkan dengan tambahan pekerjaan sebanyak 54,500 berbanding jangkaan pasaran sebanyak 11,500 dan data sebelum ini yang bertambah 3200.

Pekerjaan sepenuh-masa meningkat 77,000 sepanjang bulan Mei di mana pekerjaan separuh-masa bertambah 22,300.

Dari segi tahunan, dalam tempoh 12 bulan sehingga Mei 2017 pekerjaan bertambah sehingga hampir 220,000 dengan kenaikan dalam pekerjaan separuh masa sebanyak 96,000.

Kadar pengangguran pula meningkat kepada 6.6% dari 6.5% sejajar dengan jangkaan pasaran. Terdapat juga peningkatan dalam kadar penyertaan dalam tenaga kerja kepada 65.8% dari 65.6%.

Sepanjang bulan Mei, pekerjaan dalam sektor pembuatan merekod meningkat mendadak, begitu juga dalam sektor perkhidmatan.

Dalam sidang media laporan kestabilan kewangan pada Khamis, Gabenor Poloz kekal optimis dengan ekonomi Kanada ketika ini di mana beliau menegaskan sekali lagi bahawa perubahan kepada harga minyak mentah ke paras rendah telah selesai.

Data pekerjaan hari ini sepatutnya akan meningkatkan keyakinan dalam ekonomi khususnya dengan data pekerjaan sepenuh-masa yang kukuh. Terdapat potensi kepada kecenderungan pengetatan dalam mesyuarat bank pusat pada Julai.

Dolar Kanada mengukuh sejurus data ini dikeluarkan pukul 8.30 malam tadi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat