Data Terbaru Jualan Runcit UK Menolak Matawang GBP Lebih Tinggi

606

Matawang GBP membuat kenaikan sehingga hampir 70 pip yang dapat dilihat kepada pasangan matawang GBP/USD. Selepas membuat penurunan dan menjadi antara matawang paling lemah pada Rabu, kini Sterling naik semula selepas data jualan runcit (retail-sales) dikeluarkan pada pukul 4.30 petang tadi.

Bacaan jualan runcit mengejutkan pasaran dengan peningkatan yang jauh lebih tinggi daripada jangkaan pasaran. Statistik Kebangsaan UK melaporkan bacaan meningkat 1.6% lebih tinggi berbanding jangkaan kenaikan 0.8% dan jauh lebih tinggi daripada bacaan sebelum ini yang merosot 1.2%.

Jualan runcit terpantul semula pada April daripada kejatuhan yang besar pada Mac berikutan jualan petrol dan jualan barangan lain yang pulih daripada musim salji sebelum ini.

Ini menunjukkan kemelesetan data sebelum ini hanyalah disebabkan oleh faktor musim yang mana Britain dilanda musim salji yang lebih panjang daripada biasa.

Data kali ini dilihat akan meyakinkan semula pasaran bahawa ekonomi UK boleh melupakan kelemahan data sebelum ini. Hal ini sekaligus dilihat akan meningkatkan potensi kenaikan kadar faedah Bank of England (BoE) pada bulan Ogos.

Matawang GBP dilihat menguat berbanding beberapa matawang utama yang lain. GBP/CAD naik sehingga 80 pip, GBP/JPY naik 90 pip, dan GBP/AUD naik 70 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat