Deposit Paling Rendah 2 Tahun, Bank AS Masih Belum Selamat?

176

Krisis perbankan di Amerika Syarikat mungkin tidak akan berakhir begitu sahaja selepas data oleh Federal Reserve (Fed) menunjukkan situasi lebih buruk sedang menimpa bank-bank komersial.

Laporan yang dikeluarkan pada hari Jumaat mendedahkan bahawa bank komersial AS mengalami kejatuhan deposit paling rendah dalam hampir dua tahun, manakala kredit keseluruhan oleh bank pula meningkat menjelang akhir April.

Deposit pada asas pelarasan bukan musim (non-seasonally adjusted) dilaporkan susut kepada kira-kira $17.1 trilion pada minggu yang berakhir 26 April daripada $120 bilion minggu sebelumnya.

Ini merupakan angka paling rendah pernah dicatatkan sejak Jun 2021, di mana deposit kini telah jatuh lebih $500 bilion daripada minggu sebelum keruntuhan Silicon Valley Bank (SVB) berlaku.

Susulan pengeluaran deposit besar–besaran berlaku sejak kegagalan SVB dan Signature Bank, situasi sebenarnya telah stabil sehingga awal April.

Namun, ia meningkat semula pada separuh akhir April susulan aliran keluar besar daripada akaun apabila musim pemfailan cukai tahunan semakin hampir.

Sementara itu, deposit di bank-bank AS yang besar mengalami kemerosotan kepada $10.54 trilion daripada $10.61 trilion seminggu sebelumnya, berdasarkan asas pelarasan bukan musim.

Selain itu di bank kecil pula, deposit menurun kepada $5.32 trilion berbanding $5.34 trilion yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Dalam pada itu, jumlah kredit sistem perbankan meningkat untuk minggu kedua kepada $17.37 trilion yang diterajui oleh peningkatan dalam pinjaman dan pajakan kepada rekod tertinggi $12.11 trilion daripada $12.07 trilion minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, seiring dengan kadar faedah yang semakin tinggi, pertumbuhan pinjaman dilihat telah mendatar dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat