Dolar Singapura Mata Wang Paling Berdaya Tahan Berbanding Dolar AS, Ringgit?

311

‘Pelik sikit cara negara Temasik ni laksanakan pengetatan dasar diaorang.’

Menuju perlaksanaan kenaikan kadar faedah oleh FOMC pada Khamis, dolar dijangka mengukuh semula berbanding sejumlah mata wang lain.

Sungguhpun begitu Goldman Sachs Group Inc, Citigroup Inc dan MUFG Bank Ltd sebulat suara mengatakan dolar Singapura (SGD) adalah yang paling berdaya tahan di rantau Asia pada tahun ini.

Hal ini kerana kadar inflasi yang tinggi memaksa Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) melaksanakan pengetatan dasar agresif, membawa pengukuhan kepada SGD.

Sebagai perbandingan, walaupun kesemua mata wang berundur dengan pengukuhan dolar namun SGD dilihat antara yang paling berdaya saing dengan menyusut 4% sahaja berbanding greenback tahun ini.

Ulas Jeff Ng dari MUFG Bank di Singapura, gesaan MAS untuk pengetatan dasar sebanyak 50% pada bulan depan dijangka memberi manfaat kepada SGD di sebalik kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Atas faktor tersebut MUFG juga meramalkan SGD akan meningkat 1.38 berbanding dolar menjelang akhir tahun ini.

Umumnya, MAS berbeza dengan bank pusat lain di mana ia bertindak balas terhadap peningkatan inflasi dengan membimbing SGD melebihi sejumlah mata wang rakan dagangan utamanya.

MAS lebih memfokuskan kepada tahap kadar pertukaran efektif nominal SGD (S$NEER) dalam pergerakan dasarnya.

Rentetan itu, MAS dijangka akan meneruskan pengetatan dasar dalam mengawal kadar inflasi tertinggi 14 tahun yang secara tidak langsung turut memberi manfaat kepada SGD untuk terus berdaya tahan dalam sejumlah mata wang Asia lain berbanding dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat