Donald Trump Dipecat!

4,012

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) sebulat suara memecat Presiden Donald Trump kerana melakukan kenyataan berbentuk hasutan sehingga mencetuskan rusuhan di bangunan Capitol pada minggu lalu.

Seramai 10 anggota Republikan berpihak kepada Demokrat untuk memecat Trump dengan majoriti undian 232 berbalas 197.

Trump merupakan Presiden pertama dalam sejarah AS yang dipecat sebanyak dua kali atau didakwa dengan perlakuan jenayah oleh Kongres.

Trump yang juga merupakan anggota Republikan akan berdepan perbicaraan di Senat dan sekiranya beliau didapati bersalah, Trump tidak akan dibenarkan untuk memegang sebarang jawatan lagi.

Bagaimanapun Trump masih kekal menjadi Presiden sehingga tempoh pentadbirannya berakhir pada minggu hadapan kerana Senat dijangka tidak akan bersidang dalam waktu terdekat.

Menurut Speaker Dewan, Nancy Pelosi, Trump wajar dipecat kerana mengancam keselamatan kepada AS.

Dalam insiden pada 6 Januari lalu, para penyokong Trump menceroboh Capitol sehingga menyebabkan lima orang maut manakala puluhan lagi cedera.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat