Eh, ‘Kebal’ Pula Komoditi Ini Ketika Pasaran Lain Jatuh

128

Dagangan komoditi hitam kembali stabil susulan kejatuhan yang dicatatkan daripada keputusan polisi Federal Reserve (Fed) pada sesi sebelumnya.

Sesi Asia menyaksikan niaga hadapan minyak Brent meningkat pada sekitar harga $95 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula positif pada $89 setong.

Menepati jangkaan meluas, bank pusat AS meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas dengan Pengerusi Jerome Powell terus hawkish untuk meneruskan kenaikan.

Bagaimanapun, impak yang dialami komoditi hitam itu hanya sementara memandangkan ia masih mendapat sokongan daripada data bekalan minyak Amerika Syarikat.

Terdahulu, dilaporkan mengenai penurunan mendadak dalam inventori minyak AS sebanyak 3.1 juta tong pada minggu lepas, apabila kilang penapisan meningkatkan aktiviti menjelang musim sejuk.

Sementara itu, output dari Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) jatuh pada bulan Oktober dengan mengepam 1.36 juta tong sehari di bawah sasarannya.

Faktor-faktor pengetatan dalam pasaran (kurang bekalan) telah membantu menyokong harga minyak daripada jatuh lebih rendah seperti pasaran lain yang terkesan dengan keputusan Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat