Elon Musk Sibuk ‘Bercinta’ Dengan Twitter, Pelabur Tesla Susah Hati

197

‘Orang kaya ni money management mungkin power tapi time management tu mesti kurang sikit.’

Komitmen Elon Musk dalam menyelamatkan Twitter Inc sehingga bermalam di pejabat syarikat San Francisco membuatkan pelabur Tesla Inc susah hati.

Menurut sumber, Musk dilaporkan bekerja dan bermalam (all-nighter) di pejabat syarikat yang baru dibelinya dalam usaha untuk menyelamatkan Twitter.

Tindakan beliau dikatakan telah menerbitkan kebimbangan segelintir pelabur Tesla yang khuatir Musk terlalu memberi tumpuan kepada Twitter dan mengabaikan syarikat kereta elektrik (EV) tersebut.

Ulas Gene Munster dari Loup Ventures bahawa pelabur Tesla kecewa dengan Musk yang terlalu banyak menghabiskan masa di Twitter berbanding tanggungjawabnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat gergasi EV tersebut.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa Tesla kini mengalami penurunan prestasi apabila saham syarikat susut 50% sejak April dan keputusan Musk menjual sebahagian pegangannya untuk membeli Twitter menambah kegusaran pelabur.

Tidak dilupakan juga bahawa Tesla menghadapi cabaran di China dengan pengawal selia negara Tembok Besar tersebut meneliti fungsi teknologi ‘autopilot’ syarikat.

Dalam pada itu, Musk dilihat cuba menenangkan pelabur menerusi satu ciapan pada laman Twitter peribadinya dengan mengatakan beliau masih tidak melupakan Tesla.

Sungguhpun begitu, Munster tetap meramalkan tumpuan Musk kepada Twitter akan berkekalan untuk tempoh 12 bulan seterusnya memandangkan jutawan terkaya dunia itu ingin menstrukturkan semula syarikat burung biru.

Pada sisi berbeza, ahli lembaga Tesla iaitu Robyn Denholm dalam satu email menyuarakan kebimbangan tentang kekurangan perhatian Musk pada Tesla berbanding syarikat lain miliknya seperti SpaceX.

Ketika itu, Denholm meramalkan bahawa tindakan Musk pasti boleh mencetus masalah dalam kalangan pelabur Tesla lain andai beliau kurang memberi tumpuan kepada syarikat.

Setakat ini Musk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan namun beliau ada mengatakan dalam satu temu bual mengenai kesibukannya mengetuai 5 syarikat semasa Persidangan Business 20 (B20).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat