Emas Buat Aksi ‘Berani Mati’! Apa Yang Terjadi?

3,628

Ibarat menaiki ‘roller coaster’! Inilah situasi yang dihadapi pelabur emas pada hujung minggu lalu selepas logam berharga itu tiba-tiba sahaja membuat aksi ‘berani mati’ dengan terjunan mendadak selepas meningkat tinggi.

Tekanan inflasi yang meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini telah mendorong harga emas untuk menokok ke paras ketinggian enam minggu, dan ramai yang mengharapkan logam kuning itu berakhir di atas paras harga $1,800 per auns pada akhir dagangan minggu lalu.

Bagaimanapun, kenyataan terbaru daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell telah mematahkan harapan tersebut dan menyebabkan harga emas kembali merudum.

Pada Jumaat, Powell menegaskan semula pandangannya bahawa bank pusat AS kini di landasan untuk mengurangkan pembelian bon bulanannya menjelang akhir tahun ini dan dijangka berakhir pada pertengahan tahun 2022.

Harga emas yang pada mulanya didagangkan tinggi pada $1,813 per auns, kembali terjun dengan mendadak ke paras harga $1,782 per auns susulan kenyataan tersebut sebelum dipacu semula menghampiri harga $1,800.

Pada sesi Asia, logam berharga itu didagangkan sedikit berubah pada $1,793 per auns. Sementara niaga hadapan emas pula diniagakan sekitar harga $1,795 per auns.

Selain itu, Powell turut menyebut mengenai inflasi yang dijangka akan terus meningkat. Namun, beliau meramalkan inflasi akan turun semula ke sasaran bank pusat pada 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat