Emas Mengorak Langkah Pendakian, Lepasi Harga $2,040 Menjelang Data Tinjauan ISM

786

Emas meningkat lebih daripada 0.50% pada sesi Amerika Utara semalam (Khamis) selepas keluaran tolok inflasi pilihan Federal Reserve (Fed) dan Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras (PCE) yang selaras dengan ramalan.

Data ekonomi mengesahkan situasi disinflasi yang berterusan telah menyebabkan penurunan dalam hasil bon Perbendaharaan AS yang memberi keputusan sebaliknya buat harga logam kuning itu.

Kini, harga emas berada pada paras $2,044.19 iaitu kehilangan 0.01% sejak pembukaan awal pagi tadi.

Laporan yang paling ditunggu-tunggu pada minggu ini akhirnya dikeluarkan oleh Biro Analisis Ekonomi AS yang mendedahkan data Core PCE. Angka tahunan bergerak seperti yang dijangkakan dengan inflasi menurun daripada 2.9% pada Disember kepada 2.8% pada bulan Januari.

Inflasi secara keseluruhan menurun secara mendadak daripada 2.6% kepada 2.4% untuk Januari dan ia menepati ramalan pasaran.

Data itu memberi kelebihan buat harga emas selepas hasil bon Perbendaharaan AS menjunam dengan jangkaan pemotongan kadar faedah boleh tiba lebih awal daripada ramalan.

Berikutan itu, kebarangkalian berlakunya penurunan kadar faedah oleh pasaran dijangkakan pada bulan Jun dengan kemungkinan meningkat daripada 39% kepada 50.9% buat masa ini.

Sementara itu, peserta pasaran kini disajikan dengan pelbagai data ekonomi AS pada jam 11 malam ini yang mampu menggolakkan harga emas pada penutup minggu ini,

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat