Emas Merendah Sederhana, Bagi ‘Chance’ USD Melonjak Tinggi

496

Emas jatuh daripada paras tertinggi sepanjang masa semalam pada $2,223 dan kembali ke kawasan bawah $2,200 pada penutup semalam.

Ia mencatatkan kerugian sebanyak 0.29% apabila mata wang dolar AS mengorak langkah pendakian tinggi walaupun hasil Perbendaharaan AS alami kerugian semalam.

Dorongan itu memaparkan risiko dan berlakunya kekurangan permintaan untuk logam kuning sehingga junam ke paras $2,166 dalam sesi dagangan Asia baru-baru ini.

Harga emas kini berada pada paras $2,185.26 iaitu naik sebanyak 0.19% sejak pembukaan dagangan awal pagi tadi.

Buat masa sekarang, pasaran kewangan terus mencerna pegangan dovish oleh Federal Reserve (Fed) berikutan mesyuaratnya pada 21 Mac.

Pengerusi Fed, Jerome Powell dan pegawai-pegawainya menjamin bahawa ekonomi Amerika Syarikat masih lagi teguh dan pasaran buruh beransur-ansur menyejuk. Kadar inflasi pula kekal tinggi walaupun masih di dalam fasa penurunan daripada tinggi kali terakhir pada 1980-an.

Pegawai Fed kekal dengan pendirian mereka dengan menjangkakan tiga pemotongan kadar faedah pada 2024 walaupun dasar akan kekal melainkan data menunjukkan proses disinflasi sedang berkembang.

Dalam pada itu, nota penanda aras hasil Perbendaharaan AS 10 tahun telah mengurangkan kerugiannya. Manakala, Indeks Dolar AS (DXY) mencatatkan keuntungan sebanyak 0.58% pada 103.98 mata.

Dari segi teknikal pula, XAU/USD telah jatuh di bawah paras $2,200 dan berada di bawah paras tertinggi sepanjang masa sebelumnya iaitu $2,195 apabila pasarannya rancak sejak beberapa minggu ini.

Walau bagaimanapun, jika sentimen kerugian ini berterusan. Ia mampu mengheret harga emas ke arah paras tertinggi 4 Disember dan menjadikan tahap $2,146 sebagai paras sokongan.

Sebaliknya, jika pembeli menolak harga ke arah $2,200, itu akan mendedahkan paras tertinggi semasa sepanjang masa pada $2,223 sebelum menyasarkan ke arah $2,250.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat