Emas Mula Mencipta Rentak Untuk Bangkit Semula?

1,565

Emas sedikit meningkat pada sesi dagangan hari Khamis dengan terus didagangkan berlegar di atas paras sokongan utama $1,800 per auns di tengah-tengah kelemahan US dolar dan tanda-tanda perlambatan dalam pemulihan ekonomi AS telah mendorong permintaan untuk aset safe-haven emas.

Pada permulaan dagangan sesi Eropah, logam berharga emas diniagakan meningkat pada $1,812 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,810 per auns (3.00 petang waktu Malaysia).

Ketika matawang berisiko masih lagi disokong oleh harapan pelabur terhadap perkembangan baik mengenai vaksin Covid-19 dan sentimen positif pasaran, dagangan emas mula menokok selepas menyaksikan kesuraman data pekerjaan AS. Namun begitu, peningkatan yang dicatatkan dilihat masih sedikit lemah.

Jumlah tuntutan pengangguran AS terus mengecewakan pasaran dengan menunjukkan peningkatan pada minggu lepas, sekali gus menimbulkan keresahan pelabur terhadap ekonomi negara itu.

Selain itu, penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC turut menjadi perhatian pasaran di mana para pembuat dasar Federal Reserve telah membincangkan bagaimana pelbagai pilihan mengenai pembelian bon untuk menyokong pemulihan, termasuk meningkatkan kadar pembelian atau melaksanakan bon jangka panjang.

Dalam pada itu, peningkatan kes jangkitan coronavirus di seluruh dunia masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mereda, di mana jumlah terkini telah melebihi angka 60 juta sementara jumlah kematian dicatatkan sekitar 1.4 juta, menurut Johns Hopkins University.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat