Eropah Tengah, Utara, dan Barat (CNWE) dilaporkan telah berkembang menjadi ekonomi aset kripto terbesar di dunia sejak Julai 2020. Wilayah ini mengalami lonjakan besar dalam aktiviti perdagangan sejak tarikh tersebut terutama dalam sektor DeFi.
Berdasarkan data dari Chainalysis menunjukkan bahawa CNWE menerima lebih dari $ 1 trilion dalam pasaran kritpo sepanjang tahun lalu sahaja. Ini mewakili 25% daripada aktiviti perdagangan global. Dengan kata lain, CNWE ini memiliki dominasi 25% dari semua nilai pasaran kripto yang diterima daripada wilayah lain.
Ini menjadikan EU antara pusat tumpuan dalam dunia dari segi jumlah perdagangan kripto. Faktor yang menjayakan hal ini adalah kerana peningkatan dalam semua bentuk aktiviti perdagangan sepanjang tahun lalu, yang kebanyakannya datang dari pelabur institusi.
Nilai transaksi institusi yang besar meningkat dari $ 1.4B pada bulan Julai 2020 menjadi $ 46.3B pada bulan Jun 2021, yang merangkumi separuh daripada semua aktiviti perdagangan kripto CNWE.Kenaikan yang paling ketara adalah datang dari sektor DeFi, di mana lebih daripada 80% transaksi institusi besar pada bulan Jun adalah dari DeFi.
Disisi yang berbeza terdapat trend menurun bagi Asia timur dalam jumlah dagangan kripto. Pada awal 2019 rantau ini menguasai lebih dari 30% jumlah transaksi global.Walaubagaimanapun, ia tidak dapat dipertahankan disebabkan langkah pencegahan berterusan dari China.
China pada pertengahan tahun ini telah mengumumkan tindakan keras terhadap kripto yang mengharamkan perdagangan kripto dari beroperasi.