EUR/USD Kembali Melonjak 90 Pips Catat Paras Ketinggian Terbaru 4 Minggu

695

Sentimen pasaran bercampur-campur telah mendorong pergerakan tidak menentu harga untuk pelabur mendapatkan arah pergerakan yang jelas khususnya buat dagangan matawang utama.

US dolar kembali bergerak lemah pada Rabu dengan penyusutan lebih ketara pada sesi New York susulan keyakinan pelabur kembali meningkat dalam pasaran. Pasaran saham dan komoditi kembali mendapat permintaan sementara aset safe-haven mula menyusut.

Euro pula pamerkan pengukuhan berikutan susulan pandangan positif timbalan presiden European Central Bank (ECB) Luis De Guindos yang menyatakan data-data ekonomi terkini memberi harapan optimis pertumbuhan ekonomi di Eropah.

Namun, pelabur kekal berhati-hati ekoran kenyataan Presiden Majlis Eropah, Charles Michel yang melihat masih banyak perkara yang perlu dilaksanakan sebelum Kesatuan Eropah (EU) melaksanakan dana pemulihan multi-bilion-euro.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam menunjukkan kenaikan harian 90 pips susulan penyusutan US dolar semula.

Harga membuat kenaikan menguji zon resistance pada 1.13500 pada penghujung sesi New York sebelum menutup dagangan lebih rendah.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga bergerak perlahan sebelum meneruskan lagi kenaikan melepasi zon resistance tersebut dan dijangka menuju zon resistance lebih tinggi 1.14000.

Namun pelabur kekal berwaspada jika perubahan sentimen pasaran berkemungkinan memberi kesan penurunan semula harga pada carta EUR/USD.

Penurunan harga dilihat akan kembali menuju paras tumpuan 1.13000 dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Penurunan lebih rendah bakal menuju zon support di bawah paras 1.12000 yang diuji sepanjang dagangan Jun lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat