EURUSD Analisa Fundamental Harian 15 Feb 2016

37

Euro Dollar jatuh lebih 115 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1215, sebelum dibida semula untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $1.1250; setelah GDP Euro-Zone memenuhi jangkaan tetapi pengeluaran industri meleset dari jangkaan.  Pada masa yang sama, jualan runcit AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan, walaupun sentimen pengguna jatuh lebih teruk dari jangkaan dan angka sebelumnya.

Di pasaran Eropah, KDNK (GDP) tahunan Jerman dilaporkan lemah dan inflasi dilaporkan memenuhi jangkaan tetapi hanya pada -0.8%. Penggunaan domestik mengekalkan ekonomi Jerman pada landasan pertumbuhan yang sederhana dan stabil pada akhir tahun lepas, walaupun eksport masih lemah dan dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, menurut data rasmi Jerman pada Jumaat lalu.

[adrotate group=”6″]

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Jerman berkembang pada kadar suku tahunan sebanyak 0.3% pada suku keempat – kadar yang sama seperti pada suku sebelumnya dan selaras dengan ramalan pakar ekonomi. Sesetengah ahli ekonomi memberi amaran bahawa ekonomi Euro-Zone mungkin telah kehilangan momentum pada akhir tahun lepas, kerana prospek ekonomi global yang semakin merosot.

Pejabat Statistik Jerman berkata bahawa jumlah perdagangan bersih memberi kesan kepada pertumbuhan dalam tempoh tiga bulan terakhir 2015, apabila eksport barangan menurun dari suku ketiga – satu tanda bahawa syarikat tempatan kini merasai kesan daripada permintaan yang lemah dari China, Russia dan lain-lain negara membangun yang besar.

Hari ini Presiden ECB Mario Draghi bakal memberikan keterangan kepada parlimen Eropah di Brussel, Belgium.  Beliau dijangka menyatakan pandangan terhadap kesan kelembapan ekonomi global, terutamanya China, kepada Euro-Zone.  Beliau juga dijangka menyentuh tentang sasaran inflasi dan ketidakstabilan geopolitik. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat