EURUSD Analisa Fundamental Harian 16 Feb 2016

31

Euro Dollar terus merudum untuk hari kedua Isnin semalam, lebih 120 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1125 sebelum menutup sekitar paras $1.1155; setelah Dollar kembali pulih daripada kejatuhan minggu lalu dan para trader mula memberikan perhatian mereka kepada masalah bank-bank seluruh Eropah dan mesyuarat EU yang akan datang minggu ini.

Di pasaran Eropah, Presiden ECB Mario Draghi dalam kenyataannya kepada Parlimen Eropah di Brussels, Belgium mengatakan bahawa ECB sedia mengambil tindakan sewajarnya, sekiranya kegawatan ekonomi global dan kelemahan harga tenaga dan bahan api boleh menjejaskan pencapaian sasaran inflasi ECB.  Beliau berkata ECB akan mengkaji kesan kedua-dua faktor ini, ke atas sistem kewangan Eropah sebelum mengambil tindakan.

[adrotate group=”6″]

Dalam pada itu, ECB juga dikatakan sedang dalam perbincangan dengan kerajaan Itali tentang pembelian pinjaman lapuk di bawah program QE. Reuters memetik pegawai Perbendaharaan Itali sebagai berkata yang ECB boleh membelinya atau menerimanya sebagai cagaran untuk pinjaman tunai. Bank Itali mempunyai kira-kira €200 bilion pinjaman lapuk yang telah memberati sistem kewangannya sejak beberapa ketika.

Hari ini Jerman bakal melaporkan sentimen ekonomi ZEW yang dijangka jatuh teruk ke paras 3.2 mata berbanding 10.2 mata pada sebelumnya. Bacaan Euro-Zone pula dijangka jatuh daripada 22.7 mata kepada 10.3 mata. Malamnya pula, AS bakal melaporkan Indeks Pembuatan Empire State yang dijangka pulih dari -19.4 mata kepada -10.5 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat